Selasa, 9 November 2010

Solemnization

Wahhhh... lamanya tak update... pas kawen terus kebizian lak smpi semalam.. majlis doa selamat sbb dua2 majlis dah selesai... so sekarang da kembali free.. ^_< ( hahaha alasan padahal sendiri yang takde mood nak update kannn)

Ok, kembali kepada tajuk asal, pada hari pernikahan yuna memilih persalinan tema Putih n Shocking Pink.. Gambar2 dibawah dicurik dari album FB my BFF sbb pic dari OP mustila lambattt lagi kan..

Yuna bersama dua orang pengiring warna sedondon..
asalnya yuna nak diiringi oleh 4 orang kawan2
tapi tentang tu yuna akan cerita kemudian.. ;p

Saat lafaz akad nikah.. my hubby dinikahkan oleh abg yuna sendiri.
lafaz akad hanya sekali je taw!
good job hubby! takdela i malu kat belakang tuh!hehe

Penyerahan mas kawin...

Salam hubby dengan penuh kasih sayang..
Terharu tengok gambo ni...
Dapat dilihat dengan jelas betapa hubby cium dahi dengan
penuh kasih sayang + sepenuh jiwa...
see? tutup mata show that my hubby betul2
manghayati saat kami sudah sah bergelar suami isteri...
but me??? buat muka gedix la plkkkk... haiyaaa...


~~~Syukur kehadrat Illahi dengan jodoh yang ditetapkannya..
semoga jodoh kami kekal bahagia ke akhir hayat,,,


Sabtu, 6 November 2010

Princess Big Day ^_^

Daisypath Wedding tickers

Wohoo... its about 5 Month n 2 weeks before our Big Day... @_@ the start of busy n messy episode in my life... huhuhu to make sure everything going smooth, im already made the checklist..

ACKNOWLEDGMENT
1. Kursus Pra Perkahwinan
Chapter One (Be a Lovely Princess)
1. Mak Andam. 2. Baju Nikah
3. Baju Resepsi
4. Baju Persalinan
5. Baju Berinai
6. Gown n Blazer
7. Pelamin Oriental
8. Bridesmaid
Chapter Two (Royal Banquet)

1. Royal Lunch (Reception)
2. Royal Hi Tea (Solemnization)
3. Royal Dinner (Malam Berinai)
4. Chocolate Fountain
Chapter Three (Royal Bedroom)
1. Bedroom Set
2. Curtain
3. Bedsheet
4. Lamp
5. Deco
Chapter Four (Royal Favour)
1. Paper Bag 2. Gift Box (VIP)
3. Muffin (VIP) 4. Fragrance Pillow
5. Puding
6. Titbits
7. TQ Tag 8. Ribbon for Deco
Chapter Five (Royal Show)
1. P.A System
2. Gamelan Group (tgah pikir lagi)
3. Dancer
4. Kompang Group
Chapter Six (For My Prince Charming)
1. Al-Quran + Sejadah 2. Shoes
3. Belt & Wallet 4. Watch
5. Ring 6. Fragrances
7. Toilet Tries 8. Cookies
9. Chocolate 10. Cake
11. Sireh Junjung
Chapter Seven ( Precious Moment)
1. Photographer
Final Chapter
1. Akad Nikah
2. Malam Berinai
3. Majlis Resepsi.


Selasa, 2 November 2010

Prewedding

^_^ ni memang betul2 prewedding ni.. 5 ari sebelum majlis baru gi shoot.. plan nak pakai apa utk prewed ni seminggu sebelum tu je.. hahaha... so nasihat Yuna buat kawan2 yang lain.. buatla Prewedding Photoshoot awal2 ea.. 2,3 bulan sebelum majlis pon takpe... Yuna ingat nak buat sebulan sebelum majlis ke macamtu.. Tapi weekend anda sebulan sebelum akan sangat2 bz taw... sib ahad ritu sempat lari jap..

Photoshoot ni diambik dalam masa 3 jam sengah je... bermula dari kul 10 a.m kat laluan buluh Alamanda--->PICC--->Taman--->Istana Kehakiman--->Perbadanan Putrajaya--->Taman Botani... yuna memang request utk shoot 3 jam je.. tapi still terlebih sket.. hehe..

Untuk Shoot kat laluan buluh ni ada banyak pose sebenarnya..
pose kunun2 jalan, kunun2 lari, kunun2 lompat,
kunun2 manja... haha ;p

Pose ni OP yuna suruh buat muka blur + takde perasaan..
haha jadi tak muka sengal kami??


Pose Flying Without Wing!
Angin yang bertiup membuatkan pic ni lebih real!

Pose paling bahaya...
Belakang kami tu lebih kurang ketinggian 8 tingkat..
so kalau terlentang ke belakang mmg xde apa2 yg tahan.. +_+

Tabik Hormat!!!

Kunun2 gi keje..

Santai.... ^_^

Raikan Cinta

Jeling2 sampai juling.. ;p

sangat panas masani...

Dari Mata turun ke hati

Walimatul Urus


Lagi 3 hari majlis akan berlangsung... baru nak menjemput kawan2 blog eh?? (macam ada je orang nak datang kan... blogging pon xaktif.. xkisah ar.. jemput jugerr.. hehe ;p) maafin saya ya.... sejak akhir2 ni bz bangat.. hehehe jemput datang kawan2.. yang rasa agak2 tawu kampung i ni bulehla datang.. maklum la jauh diujung selangor ha.. da kat sempadan pon..

Majlis pada 6 November 2010 (Sabtu)
Masa : 11.30 a.m -4.00
Lokasi : Depan umah kat Beranang, Selangor

Kawan2 kalau nak datang bagi email ea...
kite email map... nak pos tak sempat sudah...
huhuhuhu maafin saya....

Khamis, 28 Oktober 2010

Suasa Haram???

Tadi lepas baca entry cik yanie, yuna suggestla tentang cincin suasa.. then terbaca komen tulis cincin suasa haram sbb ada campuran emas!! ooooo emmm jiiii....(OMG) yuna agak2 terperanjat sebab tak tahu pula.. huhuhu.. sebab akak kat Kedai Emas Sri Pinang tu cakap takde campuran emas...

Yuna terus surf kat tenet... YAA!! memang betul suasa ada campuran 1% emas!! banyak gak page yang yuna bukak.. sume cakap HARAM!!huhuhu napela Yuna boleh tak tawu ni???? agak2 terasa seperti ketinggalan zaman pulak.. +_+

Terus yuna rasa tak best.. uhuks!! so yuna pon terus call Kedai Emas Sri Pinang Cawangan Kajang Ni.. Yuna tanya suasa Sri Pinang ada campuran emas ke? die cakap takda... Suasa dari kedai ini hanyalah campuran Aloi, Zink dan Paladium.. sebabtu warna die silver... pastu die cakap, salu die akan lebih galakkan customer beli suasa warna silver ni sebab tak de kandungan emas.. fuhhh... baru lega.. patutla suasa sekarang ada warna silver kan kawan2...

So kepada semua kawan2 yang masih ragu... suasa di Emas Sri Pinang ( yg warna silver) takde campuran emas...tapi yang warna suasa tu, Yuna tak pasti pulak ada emas ke tak.. lupa nak tanya sbb takde kaitan... heeeeeeeeee ^___^


~~~^_^ hehehehe... selamat dwetku..
tak payah beli platinum pula..
perghhh menangis taw kalau nak beli cincin Platinum.. mahal lorhh..
(padahal enche tunang bg gelang tak kecoh pon kan.. hik2)

Selasa, 19 Oktober 2010

My First Award!!

Woohoooo! Cik yuna dapat award lah!!! ^_^
My First award ni dari cik IFFAH dari blog " The day I walk away"
Thank to cik IFFAH sebab bagi award ni...
First time ok! hehehe (sangat teruja dapt award!)

BEAUTIFULL???
hik2... tetibe yuna jadi perasan lak dengan award ni kan..
kerna aku wanita biasa.... ^______^
^_^ apapun beautiful ni agak umum...

boleh dikira dari penulisan, idea2 yang dikongsi,
layout blog, perkongsian maklumat dan pemilik blog.. eh.. eh..
yg last skali tu bukan utk yuna okeh.. ;P wink!


Syarat-syarat award ni
1) Thanks the person who give you this award-siap!
2) Link that person at your blogroll-siap!!
3) Spread to 15 blogger which you think awesome!!
Tapi kite nak letak 10 je boleh?
4) Tell 7 things about yourself..

1. Dulu yuna takdela suka sangat dengan pink.. suka warna purple n biru je.. tapi sejak dapat anak buah gegirl 6 taun lepas. tetibe suka sangat2 kat PINK! +_+

2. Yuna anak bongsu dan encik tunang anak sulung... perfect match kan.. kan.. kan.. ;p

3. Dulu2 yuna suka pakai tudung bawal,
Pastu taun lepas yuna suka pakai selendang... tak seswai kan?? tapi tetap degil nak pakai jugakkk.. (enche tunang plg tak suka yuna pakai selandang..die ckp pelik.. T_T)
Tapi sekarang yuna suka pakai tudung malas <-- - ni tudung yg terus sarung tu.Ni paling malas punya.. terus sarung... tapi jenis yang tak takde awning..

Ni pon xde awning tp rajin sket sebab kena pin2 depan die

Ni yang ada awning.. sarung je terus..
Tapi yerrrr kawan2.. yuna sedar yuna xseswai pakai tudung macamni.. macam makcik2 kan.. huhuh tapi da tudung mcmni senang pakai, apa kisah kan.. haha ;p (last wik pakai tudung bawal, MFIL cakap yuna lg comel pakai tudung bawal.. dari yg siap macamni.. huhu..)


Tetibe yuna rasa nak kembali ke tudung bawal.. hik2


p/s : yer sayerr kadang2 free hair...
huhuhu jgan kecam saya yer.... +_+
nanti insyaAllah akanku pakai tudung sepenuhnya.. aminnn.. T_T

3. Sangat bersyukur jadi anak bongsu sebab memang tak pernah suka ada adik nih.. weks!

4. Yuna paling tak suka lipat baju... huhuhu salunya stok dah bertimbun utk 2 minggu da penuh 2 bakul baru lipat.. tu pun sbb da xde tempat nak letak baju baru basuh yg laen kan.. hehe.. teruk kan i nih.. da nak kawen pon macamni... +_+

5. Kalau lipat baju lak, yuna akan pastikan saiz die sama.. so bila letak dalam almari ianya akan tersusun cantek... ^_^ (agaknya sbb terlalu fussy ni la i tak suka lipat baju kot..huhu coz memakan masa yg lebih lama dari orang laen)

6. Sangat suka karaoke... salunya gi dengan best buddies, opismate dan juga enche tunang... walaupun suara agak katak je... tapi peduli hape kan.. hik2.. (tapi yuna lebih suka gi dengan kawan2 coz lebih happening)

7. Saya jenis yang cool, tak suka tunjuk jika ada masalah dan seorang yang ceria dan seeeennnyummmm selalu... ^_^

Sekian, Terima Kasih... ^_^


~~~ ada lagi satu award nih...
will update soon...
^_^v peace!

Isnin, 18 Oktober 2010

Wedding Presentation Dr. Sheikh Muzaffar


short entry for today...
kreatif kan paper cut montage dieni... sangat cumel... :)

Isnin, 11 Oktober 2010

Perkahwinan Adat Jawa

Tadi bukak picture kawan yuna kat Fb.. perkahwinan cuzn die kat Batu Pahat.. die buat perkahwinan adat Jawa.. ^_^ mmg cantekk.. bawah ni gambo yg yuna amik kat FB kawanku ayong(bukan nama sebenar, nama manja je ;p) harap halal ye ayong.. juz nak share kat kawan2 blogger.. ^_^ bawah ni antara gambo2 yg dapat kite share.. Salu kite tengok perkahwinan ala Inggeris dan moden je kan, tapi kalini kite tengok ala tradisional pulak..


Pengantin lelaki berarak menggunakan kerete kuda..

Close up kerete kuda tu.. cantekkk sangat!
Bunga2 segar menghiasi kereta kuda ni..


Dua Pahlawan mengetuai rombongan pengantin lelaki

Ini dipanggil Barongan.. hehe.. sib baek yuna pernah study
kt Batu Pahat.. so penah tanya 1 of my fren benda ni apa..

Kalau tengok benda ni macam ngeri kan? Tapi sebenarnya ianya melambangkan
sesuatu.. Okeh, meh yuna cerita sket pasal Barongan ni..

Sumber dari Wikipedia-Barongan merupakan sejenis tarian yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ni boleh dilihat di Batu Pahat, Johor dan Selangor.

So Barongan kat gambar atasni menujukkan gabungan Harimau dan Merak yang menari. Kalihatan kat tepi Barongan tu jg alat muzik yang mengiringi tarian seperti angklung,gendang dan gong.

Pasangan Pengantin sama cantek sama sepadan.. :)
dengan persalinan Jawa dan Pelamin yang unik ikut tema ala jawa..

Backdrop meja beradap pun mengikut tema majlis..
so different rite.. ^_^

Salah satu adat perkahwinan jawa.. :)

Hantaran dari pihak lelaki.. sangat cantek dan mewah..
bekas hantaran ni pon nampak unik kan..

Hulubalang2 yang segak berbaju melayu membawa hantaran.

Hantaran dari pihak perempuan pon sangat cantek dan unik!

11 dayang mengiringi pengantin perempuan pula..
Mewakili setiap dulang dari pihak perempuan..
(p/s kawan kite yg kiri sekali sebelah depan)


Wah... majlis ni memang sangat unit dan best!
~~~ adat minangkabau macamana pulak ea???

Rabu, 6 Oktober 2010

My Guess Handbag for hantaran is missing!!

Semalam yuna gi MidValley nak gi sign agreement catering kan.. sampai2 je MidV tetibe..

enche tunang : jom carik beg yang..
yuna : beg apa?
enche tunang : beg hantaranla..
yuna : kan da beli?? haha apala b ni..
enche tunang : da ilang?
yuna : ha?? haha b tipu.. (die mmg suka usik kite nk tgok kite marah.. huhu)
enche tunang : tak betul ilang kat kampung.......
yuna : ha?????? terus buat muka tensi+muncung+ntah pape reaksi muka tah lg..

Handbag tu kami da beli seawal bulan april lg taw.. masatu beg tu kire keluaran barula kan.. dan yuna pon berkenan..terusla sambar! huhu pas beli tu beg tu kuar lak kat majalah intrend kot rasanya.. lgla yuna suka!

hmm.. tapi apakan daya... masa cuti raya aritu, enche tunang bawak balik beberapa barang hantaran kat kampung tok bah dia... terus bagi kat maksu die nak gubah... maksu die plk simpan kat bilik tok bah dulu sementara nak bawak balik umah dia kan.. yela masatu masing2 sibuk dgn raya2 ni...da raya ketiga macamtu beg tu hilang!!! tinggal paper bag die je! almost evry wik after dat my MIL bila blik muar cari kat bilik tu.. tapi takde... enche tunang pon same carik.. tak jumpa..

MIL and enche tunang rahsiakan hal ni dari yuna.. konon2 dorang nak beli balik senyap2.. sampaila semalam enche tunang bagitaw.. die cakap die da carik kat sume kedai Guess dari JB, ke alamanda dan ke sunway tempat kitorang beli pon still beg tu da takde.. sebabtu semalam die nak cari kat MIdV n the Garden... then tanya kat amoi tu design tu.. die tanya bulan berapa punya keluaran.. kitorang ckpla bulan 3/4.. owh mungkin taun depan ada balik.. dalam bulan tiga..huhu.. ;,( pasrah jela..


Ni gambo kami selepas beli handbeg tersebut
tengok betapa eppy nyer i terlentok2 kt enche
tunang pas beli beg tersebut.. hik2..

yuna with handbeg tersebut... errr.. die dlm paper bag die..
uhuks! ;,( gambo handbag tersebut tak amikla pulakkk..
tak sangkala pulak "jodoh" yuna dgn bag tu kejap je..
setakat dapat pegang je.. tapi tak sempat pakai!
tapi Yuna geram sangat! sapela yang amik beg tu!
tak sangka dalam umah atok sendiri pon buleh ilang!

~~~papepon yuna pasrah jela... da raya kan..
orang ramai keluar masuk...
tapi heranla kan.. benda ni sume simpan dalam bilik
tok bah.. tapi still boleh hilang??
sib baek kasut i tak ilang jugak..
mungkin tak sama size kot..

hmmmm... my mood right now is......
>;0 marah!! kat sape y amik tuh!
:( sedih.. sian kat b...
da dkt2 tarikh ni byk bnda nk bayar..
memagla die nak beli yang laen.. tapi kite pikir2 nanti
membebankan die lak kan.. double cost lak..
;,( wanna cry... coz sgt suka beg tuhhh!!
(actly da nanges da mlm td pas carik kat kedai guess
tp design mcamtu da takde.. hmmm)
;s so sekarang tengah pikir nak carik baru ke atau tak.. hmm

Selasa, 28 September 2010

Choc Chip Muffin Gardenia!


Muffin lagi??? tak habis2 dengan entry muffin je kan... hehehe... okeh kalini yuna nak share muffin gardenia yang hanya berharga 60 sen satu.. kat luar mayb dlm 1.40-1.60 untuk 2 biji kan.. so jimat seposen la... actualy ni my BFF yang suggest coz die pon nak beli muffin untuk wedding die 3 minggu lepas yuna..

Tetibe pas die suggest tu, yuna agak2 tak tawu nak pilih mana satu.. dari segi rasa of cozla muffin Gardenia lagi sedap!! pastu individual packaging lagi... aiya.. tetibe rasa lebih berat kepada muffin ni.. harga 60 sen kite dapat kalau kite beli direct dgn diela.. so tengok costing die..

60 sen x 300biji = RM 180
(update : ni harga tahun 2010, sekarang punya harga mungkin da naek sket kot ^_^)

kalau muffin kat tempat lagi satu

49 sen x 300 biji = RM 147

~~~so beza harga cuma RM33 je disitu..

lagi best, my BFF cakap
muffin2 tu akan dihantar terus kerumah kite!!
actualy ni pon penyumbang kepada kekonpiusan ku..
so kawan2 sekalian, apa pendapat korang ek?



Isnin, 6 September 2010

DIY Save The Date... ^_6

Lagi 60 hari lagi sebelum hari bersejarah ku!!yuna da mempublish Save The Date kat Fb suruh kawan2 save tarikh tu dan bagi alamat masing2.. yang kelakanya tu, sume ingat tu kad kawen yuna.. ades.. nampaknya ramai lagi orang tak paham konsep Save The date nie.. ada yg cakap awalnya yuna da nak edar kad kawin.. (huhuhu ni bukan kad kawenla kawan2)..pastukan tetibe rasa yeke? yuna agak gelojoh ke?? hahaha!! actualy yuna nak chop n kumpul alamat dorang je bulan ni.. bulan depan baru anta kad...

Okeh untuk Save The Date Yuna ni, yuna cuwik kat Widdlytinks.com
Masuk je sume gambar2 then masukjela caption kat'Name' tu..
pastu adjust2 saiz gambo bagi nmpk cumell kan..
pastu siap!!


Bawah ni antara yang yuna tryla.. ada banyak lagi template cumel.
Actualy bendani bukan untuk Save The Date pon...
Tapi da memang yuna xreti nak buat sendiri pakai adobe photoshop,
So, yuna cuwik jela.. ^_6

Yang ni tak menjadi pilihan sebab font die macam halus sangat
Pastu perkataan I LOVE U kat tepi tu tak seswai untuk STD..
Lebih seswai kalau nak bagi kat enche tunang sorang je,,

Yang ni pulak tak menjadi pilihan sebab muka kami
tak berapa nampakla...
Pastu Font die macam tak cumell je..

Yang ni font STD da memang terpikat habis!
tapi tula, xde tempat nak tulis nama perantin..
so tak buleh amik jugak..

STD ni akhirnya menjadi poojaan hatiku!!
nampak jelas2 muka kami..
pastu buleh letak nama kami berserta tarikh
kedua2 pihak lagi!!


~~~okeh tu je.. xde pape yang menarik pon...
hehehe... orang laen ada STD kite pon teringin gak..
tapi DIY je!! hahaha!!


Jumaat, 3 September 2010

Photographer ku ^_6

Yayyy!! Yuna da bayar deposit kat my OP.. hehe... actualy dieni my BFF!! die jugakla jadi photographer masa majlis pertunangan yuna!! dan sebagai BFF yang sejati sudah tentu yuna dapat special price.. wink.. wink... :) (p/s yuna xpenah mintak taw, die yg offer.. ahaks! ^_^ semoga bisnesmu smkin maju.. Aminnn)

Dan paling yuna bertambah cayunk, die bagi Pre-wedding photoshoot secara PERCUMA sahaja! diulang.. PERCUMA okeh! (nipon die bagi)


Actualy pakej yang yuna pilih ialah Sweet Wedding
Pakej ni termasuk :
1 x sticky album with mockup cover printed
120 pcs 4R edited printed pictures
1 x storyboard album 8" x 12"1 x Wallpotrait gold frame 12" x 16"
FREE outdoor session of the same day
Price die RM1600 je.. (ok kan? xdela mahal sangatkan? yg tgah2 gitu)

Pakej laen ada yang harga RM 1100
(ni xde storyboard album yang laen sama macam pakej atas)

Pakej lagi satu harga die RM 1800
(pakej ni sama dgn pakej Sweet Wedding, cuma printed pics 200pcs)

Pakej ni bermula dari majlis nikah ke majlis resepsi..tiada charge tambahan untuk kawasan sekitar lembah klang..so mana yg jauh sket, yg memerlukan dorang
stay mana2 hotel ada additional charge for transportation n penginapan disitu..

Ok, sekarang yuna cakap pakej tu untuk nikah dan resepsi kan??
Tapi yuna ada majlis berinai... selalunya kalau ada malam berinai,
die akan kire berinai tu satu event.. so harga satu even RM 300
Kalau ada persalinan, satu persalinan die charge RM50 kot.. lupa la plk..
so maksudnya yuna kena extra RM450 untuk majlis Berinai..
jadi total pakej tadi + berinai = 2k++
taaapi die hanya charge yuna harga pakej tadi + sket je dwet transportation!

Thank My BFF lalink!!appreciate it!
THANKS kerna memahami bakal pengantin yang BAJET ni.. >_<
Bawah ni antara shoot yang die amik for my E-day

Masani dalam bilik sementara tunggu orang panggil..
macam2 pose ada.. ;p

Masani lepas majlis.. rombongan sume tengah menjamu selera..
My family sibuk kat bawah layan tetamu..
Kitorang kat atas sibuk bergambar.. :p

Pose konon2 malu... #)

Pose konon2 majuk.. ;(


~~~ so happy dikelilingi my bestie masa majlis tu...
sangat sayang kalian sume.. mmuahhh!!
suppose diorang pengiring yuna masa nak gi pelamin..
tapi sekali ruang atas umah sangat padat..
(rombongan johor lebih kurang 90pax, penuh dua kanopi!! haha)
hanya yuna sorang je buleh lalu..

nila my BFF ever!! yang kiri tula enche photographer :)

Bersama chenta hatiku..
pic candid!! tapi yuna suka coz kelihatan bulu mataku
cukup panjang okeh!! gumbira walaupon ianya palsu semata2
bulu mata sebenarku terlalu pendek.. pakai mascara pon xde effect!


~~~ Tetibe rasa nak buat entry pasal my engagement...
masatu takde blog lagi.. tapi macam da basi je la plk kan... hehehe