Memaparkan catatan dengan label Prosedur Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prosedur Perkahwinan. Papar semua catatan

Isnin, 28 Jun 2010

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin

Kategori 1
Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama.

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
9. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.


Kategori 2
Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di
Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri Sembilan)

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda.
(lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan
mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
11. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.


Kategori 3
Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)

1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali pihak perempuan dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantarkan borang Permohonan perempuan ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
11. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.
12. Isi borang di Pejabat Agama Negeri di mana majlis pernikahan akan dilangsungkan dan lampirkan Kebenaran Nikah Luar Negeri lelaki dan perempuan. Mohon Kebenaran perkahwinan.
13. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.

Kategori 4
Berkahwin dengan warga asing.

1. Sila Hubungi kedutaan pihak berkaitan untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan
2. Hubungi juga pihak imigresen untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan
3. Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah di mana wanita tersebut bermastautin.
4. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
• Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);
• Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon;
• Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia;
• Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);
• Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);
• Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir); dan
• Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

PENTING!
Jangan berlengah-lengah untuk membuat Permohonan berkahwin. Isikan borang dan dokumen lampiran 6-3 bulan sebelum hari pernikahan. Masa yang sesuai untuk membuat Permohonan di
Pejabat Agama adalah 3 bulan sebelum hari pernikahan.


Credit to www.alshahir.com.my for ALL info

Prosedur Perkahwinan

1. Persediaan Dokumen

• Salinan Kad Pengenalan (min 10)
• Salinan Surat Beranak (min 3)
• Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
• Salinan Kad Pengenalan wali(min 5)
• Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport (min 5)
• Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 5)
• Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
• Kebenaran kedutaan jika warga asing.
• Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
• Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)
• Surat cerai, jika pernah berkahwin.


2. Kursus Pra Perkahwinan

Kursus ini WAJIB diambil bagi bakal pengantin. Kursus Pra perkahwinan ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri dan juga pihak swasta. Sijil ini tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di SEMUA NEGERI tidak kira dimana ianya diambil.

3. Jenis-jenis pernikahan yang memerlukan Perintah Mahkamah Syariah

1. Pernikahan poligami
2. Pernikahan dibawah umur
3. Pernikahan janda berhias (yang masih dalam iddah)
4. Pernikahan muallaf tanpa wali
5. Pernikahan anak tidak sah taraf
6. Pernikahan anak angkat (wali tidak diketahui)
7. Pernikahan perempuan yang tiada wali (sebab nasab/keturunan dan tiada yang layak menjadi wali mengikut hukum syarak)
8. Pernikahan bagi perempuan yang walinya ghaib (tidak diketahui sama ada masih hidup atau sudah mati)
9. Pernikahan mana-mana perempuan yang mana terbukti walinya diketahui tempat tinggalnya berada (melebihi 2 marhalah) tetapi sangat sukar untuk dihubungi oleh mana-mana alat komunikasi dan bertulis)
10. Pernikahan atas sebab ‘Wali enggan untuk menjadi wali’.

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik Prosedur Kebenaran Berkahwin

4. Ujian HIV

Semua Jabatan Agama Negeri telah mewajibkan bakal pengantin untuk menjalani Ujian Kesihatan HIV. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan. Ujian di hospital dan klinik swasta TIDAK diterima. Borang ujian boleh didapati di Pejabat Agama. Harga borang dalam lingkungan RM5.00-RM10.00 setiap satu.

5. Permohonan Kebenaran Berkahwin

Terdapat banyak jenis Permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri anda
dalam kategori yang betul. Jenis Permohonan seperti berikut.

a) Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)
b) Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri Sembilan)
c) Kategori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)
d) Kategori 4: Berkahwin dengan warga asing.

Perhatian!!
Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di antara Jabatan Agama Negeri berlainan. Pastikan anda menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Panduan di bawah ini sebagai rujukan anda sahaja.

Nota
Dapatkan taraf ‘Pemastautin’ jika alamat di Kad Pengenalan
anda berbeza dengan alamat anda sekarang. Dapatkan surat pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon/air/elektrik yang mengandungi nama, alamat anda. Sangat berguna bagi mereka yang tinggal dan bekerja diluar negeri asal.


8. Pendaftaran Perkahwinan

Selepas tamat majlis pernikahan anda, anda perlu mendaftarkan perkahwinan anda di Pejabat Agama Negeri dimana dilangsungkan. Perkahwinan perlu didaftarkan dalam masa 7 hari. Bagi perkahwinan yang dilangsungkan diluar negara/negeri, hendaklahdidaftarkan sebaik sahaja pulang ke tanah air. Dalam tempoh 6 bulan selepas berkahwin. Bayaran pendaftaran perkahwinan berbeza mengikut negeri. Sijil perkahwinan dan kad akuan nikah akan diberikan.

All info credit to www.alshahir.com.my