Memaparkan catatan dengan label coretanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coretanku. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2011

Persiapan Baby

Arini genap usia kandungan yuna 36 minggu. Rasanya baruje dapat berita gembirani sebulan selepas kawen.Ingat lagi masa kandungan 5 bulan da start rasa denyut2.. Tapi masa da 6 bulan baru realize denyut2 tu adalah baby sebab rasa denyut tu makin kerap dan bertambah kuat. Usia baby 7 bulan pergerakan baby mula terasa kuat. Masatu hubby kena letak tangan kat perut untuk rasa baby. Bila da 8 bulan till now, tak payah letak kat perut pon babah dah boleh tengok baby gerak2.. sampai senget2 perut mama taw.. ;D Saat itu adalah antara saat2 terindah dan membahagiakan kami.

Semasa usia kandungan 25 minggu, yuna buat scan 4D dan dapat tawu baby mama ni adalah gegirl! Sekali lagi kami bersyukur sebab adik beradik hubby semua lelaki. Kehadiran seorang puteri adalah sangat dinanti2 kan. 2,3 hari lepas tu je kami dah muktamad pilih nama baby.. her name is QH.. a week after that kami da start beli baju baby QH! dan of coz banyak warna pink!!! heeeeeee 6_^ jom kita tengok!


Baju baby yang da siap dilipat dalam bakul sebelum dibasuh.


-------------Proses membongkar bermula.. ;D

Baju Lengan Pendek Suar Panjang

Baju Lengan Pendek Suar Pendek
-->Siang2 kena pakai suar pendek.. panass...

Baju Dodo
---> senang pakai baju mcmni.. tak payah pakai stoking da
kalau tidur malam.. takdela tercabut2 kan :)


Baju Cekci
---> palingg sukaa.... baju bila kuar bersosial dgn mama! hehe

Rompers
---> senang nak tukar pampers ;p

Mitten & Booties
---> erwkkk.. kebanyakkannya adalah PINK!

Selimut, Napkin & Barut

Bakul Baby
---> pun warna pink! hehe
Sengaja beli ada tutup supaya tak masuk bendasing..
habuk ke semut ke..

Selasa, 3 Mei 2011

Ahli baru... ;D


Owh blog yang ari2 kubuka..tapi hanya untuk baca blog2 orang laen je...
hehehe.. mood menulis memang kelaut. so, skrang ni yuna nak share something!!! Actually,yuna dah 25 weeks pregnant :D Syukur alhamdulillah.


Sabtu lepas tetiba hubby ajak buat 4D scan.. nk tawu gender baby.. sbb ptang tu nk blik JB da..so pagi tu kami pon call la KPJ Kajang, Annur Bangi dan Azzahrah Bangi.. tapi sume kene make appointment dulu.. dan 4D scan memang takde ari sabtu.. kebanyakkan sume ari kerja je.. at last Yuna teringat nurse yang check Yuna tu ada cerita buat 4D scan dekat klinik Pakar Rekha, Seremban. Yuna call dan kat sini mmg boleh walk in je.

Yuna sangat teruja! tp terpaksa pegi petang..sbb tebgahari tu orang kedai TV nk anta TV n pasang bracket TV kat bilik kami.. kata kul 12 tapi kul 1.30 baru sampai.grrrrr...

So dlm 2.30 ptg kami pon gerak gi klinik pakar wanita Rekha, Seremban. actually boleh g sini sbb mmg da otw lik JB.. ;) harga scan 4D kat sini jauh lebih murah dari KPJ,Annur dan Azzahrah.. Hanya RM 100 dan kalau nak print gamba color(just coklat2 je color die), caj sekeping RM 10. yuna amik 2 keping gambar colour.. dua keping gamba hitam putih mmg da termasuk dlm harga Rm 100 tu..


hehehe ai yang sangat bam bam tgah tunngu doc scan.. ;D
yamg scan yuna aritu mmg Dr. rekha tu sendiri..


opss nama sebenar yuna kantoi lak


yuna sangat bersyukur bila hasil scan adalah positif dan paling penting baby sihat! ;D Alhamdulillah... semoga dirimu sentiasa dilindunguNya..
so happy dapat tengok muka baby buat pertama kalinya..



gender? taraaaaa...doc bgtawu dat our baby is a girl! love u baby.... sesungguhnya kamu harta mama yang tak ternilai.... semoga baby sihat2 saja hendaknya... :D kite jumpa lg 3 bulan sayang... mama happy sangat bila tgok tangan baby buka gengaman dgn lembut.. macam lambai mama je.. hehe pasann.. ;p
her pic yuna tak boleh tampal sini.. orang tua2 cakap tak elok.. so,yuna ikut je...
tapi tu sume terpulang kat individu nk letak ke tak kan.. :D
yuna janji baby da lahir nanti yuna tampal pic die yer...


.
.
.
.
.
.
.
.

enche TV nila yang melambatkan kami...hehe ni pon consider ahli baru bilik peraduan kami.. my dear B beli for me... yela orang dapat bonus kann.. apa sangat LCD Tv ni berbanding senyuman wife n baby kan.. kan.. kan ecehhh ;p
Thanks hubby!
luv u!!

Isnin, 11 Oktober 2010

Perkahwinan Adat Jawa

Tadi bukak picture kawan yuna kat Fb.. perkahwinan cuzn die kat Batu Pahat.. die buat perkahwinan adat Jawa.. ^_^ mmg cantekk.. bawah ni gambo yg yuna amik kat FB kawanku ayong(bukan nama sebenar, nama manja je ;p) harap halal ye ayong.. juz nak share kat kawan2 blogger.. ^_^ bawah ni antara gambo2 yg dapat kite share.. Salu kite tengok perkahwinan ala Inggeris dan moden je kan, tapi kalini kite tengok ala tradisional pulak..


Pengantin lelaki berarak menggunakan kerete kuda..

Close up kerete kuda tu.. cantekkk sangat!
Bunga2 segar menghiasi kereta kuda ni..


Dua Pahlawan mengetuai rombongan pengantin lelaki

Ini dipanggil Barongan.. hehe.. sib baek yuna pernah study
kt Batu Pahat.. so penah tanya 1 of my fren benda ni apa..

Kalau tengok benda ni macam ngeri kan? Tapi sebenarnya ianya melambangkan
sesuatu.. Okeh, meh yuna cerita sket pasal Barongan ni..

Sumber dari Wikipedia-Barongan merupakan sejenis tarian yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ni boleh dilihat di Batu Pahat, Johor dan Selangor.

So Barongan kat gambar atasni menujukkan gabungan Harimau dan Merak yang menari. Kalihatan kat tepi Barongan tu jg alat muzik yang mengiringi tarian seperti angklung,gendang dan gong.

Pasangan Pengantin sama cantek sama sepadan.. :)
dengan persalinan Jawa dan Pelamin yang unik ikut tema ala jawa..

Backdrop meja beradap pun mengikut tema majlis..
so different rite.. ^_^

Salah satu adat perkahwinan jawa.. :)

Hantaran dari pihak lelaki.. sangat cantek dan mewah..
bekas hantaran ni pon nampak unik kan..

Hulubalang2 yang segak berbaju melayu membawa hantaran.

Hantaran dari pihak perempuan pon sangat cantek dan unik!

11 dayang mengiringi pengantin perempuan pula..
Mewakili setiap dulang dari pihak perempuan..
(p/s kawan kite yg kiri sekali sebelah depan)


Wah... majlis ni memang sangat unit dan best!
~~~ adat minangkabau macamana pulak ea???

Selasa, 17 Ogos 2010

Great Weekend!!

Arini yuna kembali bertugas lepas 3 ari bercoooti!!! actualy bukan la bercooti sangat pon.. kalini yuna dan enche tunang pulang ke JB untuk menguruskan hal2 perkahwinan kami.. ^_^ wink2...

Pas buka puasa ari jumaat tu, kami terus bertolak pulang ke JB... rasa mcm letih sangat that nite.. saket kepala.. n xpasal2 ngamuk dgn enche tunang.. sian die.. huhu tak tawu kenapa.. emosi tak terkawal.. salah sket pon i da ngamuk n terus TIDO!! #_# kami sampai JB dalm 12.30 malam.. (p/s : rupe2nyer esoknya sejam sebelum berbuka Yuna period!! Patutla!!)

Ok, sambung balik,sampai2 je enche tunang angkat sume barang.. hik2 macam ma'am besar je i kan.. i bwak handbag n bag lappy jerr.. mesti parent die cakap yuna buli anak die.. padahal xsempat nak mik pape die da angkat sume.. hebatkan?? agaknya die tengok i macam da tak trurus.. demi kerana sayang die angkat sume.. cewahhh!! perasan je kan.. hik2 (ke sebenarnya die da xsabar nak jumpa kawan2 die yg dah sedia menanti kat mapley masatu??)

Sampai2 salam2 sume then i masuk bilik.. wahhh.. tetibe tgok katil tu begitu indah!! xsabar2 da badan ni nak mendarat kt atasnya.. then tibe2 my MIL ajak makan dulu.. coz die masak Ikan siakap asam pedas special 4 me!! yummy!! tawu tak, yuna ni bukan penggemar asam pedas pun... first try pon yang MIL masakkan masa blaja dulu.. terus terpikat.. tapi hanya makan yg MIL masak je.. yg laen still tekak tak boleh terima.. sedap ok! maklumla MIL mmg org melaka.. ^_6.. yuna pon makanla walau mata kadang2 tetutup sendiri.. so pas makan ckap dgn MIL esok xmo sahur.. sangat ngantuk!! then i terus tido.. enche tunang plk da ilang jumpa kawan2 die masatu..

Sabtu dan ahad memulakan misi mencari butik pengantin area umah enche tunang kat Bandar Baru Uda.. perghhh.. banyak betul ok... pantang ada deret kedai mesti ada paling kurang satu bridal boutique kat situ.. sambil2 tu, usha2 jugak pakej katering & kanopi yang ditawarkan setiap butik tu.. yuna terpikat kat satu kanopi ni! besar dan cantek... actualy die tak dipanggil kanopi.. die dipanggil "Tent" (will update soonnnn ;) wink..wink..) so, pas tengok sume butik tu, yuna da shortlist dua butik pengantin ni.. untuk majlis bertandang yuna memilih gabungan lace dan songket.. so, nnti MIL pilihla mana2 yg die suka dari 2 tu.. ^_^

Hari Isnin plak, enche tunang gi pejabat agama uruskan sume dokumen2 untuk kebenaran berkahwin.. alhamdulillah sume da settle tinggal yuna je nak isi dan hantar kat pejabat agama kajang pulak..

Actualy yuna bukan nak cerita ceritera chenta kami kat sini..banyak benda laen yang yuna nak update tentang 2 ari sengah kami di JB.. so ni kirenye mukadimah la eh.... ^_6 (mukadimah pon da panjang, pastu kene mengena sket je lak tu.. hahaha!!)

ok nanti yuna akan update tentang
1. dot..dot..dot tent
2. pakej majlis bertandang
3. dulang hantaran murah
4. dokumen kebenaran nikah luar kawasan


Jumaat, 16 Julai 2010

Persiapan kawen

Wohoo.. lbh kurang 3 bulan, 3 minggu sebelum tibanya hari bersejarah kami... Biasala nak kawen ni macam2 benda perlu diuruskan.. agak memenatkan otak ku.. kerna hampir kesemua urusan perkahwinan yuna uruskan sendiri ok.. dari cari mak andam, cari katerer, cari baju nikah etc... tp dengan bantuan encik tunangla.. ^_^

Hujung mingguni encik tunang balik JB untuk menguruskan dokumen kawen kat pejabat agama sana.. disebabkan kami berkahwin dari negeri yang berlainan, so kene settlekan sebelah lelaki dulu.. then bila sume da settle baru uruskan sebelah pihak perempuan plk..

Arini kami da agree dgn design kad kahwin kami nanti..map n isi kandungan kad sume.. n da bayar second deposit..InsyaAllah pertengahan bulan 8 ni da dapt! so rayani da boleh bagi kat sedara mara n kawan2 yg jumpa.. ^_^ Kad kawin kami simple je... warna cream n then riben2 sket.. our card from Kadkahwinku.com ^_6