Isnin, 30 Ogos 2010

SyahiraFauzan Pink contest!!

Jom join contest ni!! ^_^ hehe yuna suka pink!! tengah korek2 kat dalam PC mana2 gambo yuna bersama apa2 benda warna pink!!
Syarat2 penyertaan adalah seperti dibawah.. ^_^


Rabu, 25 Ogos 2010

Baju NIkah

Sabtu lepas Yuna & enche tunang gi anta baju nikah kat Dzull De Classique... heeee suka2 je anta lambat2 kan.. lagi 2 bulan nak kawen baru anta.. ;p sampai2 je tengok orang beratur panjang.. sume datang nak mik baju raya dorang.. dan ada jugak yang usha2 abg dzul nak tempah for raya.. haha.. dah tak boleh dah..


enche tunang yang sabar menanti... kami tunggu agak lama coz abg dzull dahulukan orang2 yang nak amik baju dulu.. sambil2 tu kami usha design2 baju kat butik ni.. cantek2 ^_^

mereka2 yang turut menanti giliran...
abg zul walaupun dah famous tapi die still cakap
"sorry ye, staff tak ramai.. weekend memang ramai customer macamni"
pastu tengah2 die melayan customer yang nak amik baju die ckap lagi
"nak ukur baju kan? kejap ye?"
so walaupun menanti lama hati ni tetp cool sambil melayan Tom n Jerry
yang anak die bukak kat kedai tu..

abangni pulak masa hari tu tak bawak no tempahan.. pastu call wife die bagi nombor, but still salah jugak.. adoi.. susah taw nak cari baju kalau no tempahan takde.. sampai ke sudah memang tak jumpa baju die.. Setiap tempahan yang dibuat, customer akan diberi satu kad.. kat situ akan tulis no tempahan kite dan tarikh siap.. so make sure kite simpan kad tu baek2 supaya masa nak amik nanti xde masalah mcm abangni.. kalau tailor kecik2 mestila buleh ingat.. tapi sini beratus tempahan.. or maybe beribu kot??

See?? nila buku2 tempahan abg dzull ni..hampir seploh buku taw..
so kalau kite tak simpan kad tempahan tu baek2 silala
dengan rajinnya bukak satu persatu buku ni okeh..

yayy!! akhirnya sampai gak turn enche tunang diukur.... memula nak buat baju melayu biasa2 je.. tapi kat lengan, bahu dan poket2 ada satu garis jahitan dengan benang yang bewarna lebih pekat dan lebih tebal.. not sure dipanggil apa... tapi abg zul cakap kalau untuk nikah baek buat sulam.. enche tunang pun setuju (padahal yuna awal2 lagi da suggest kat die taw..emmm)

~~~Yuna rasa harga dikenakan kat sini memang amat berpatutan dengan kualiti yang kite dapat.. ^_^

Tempahan Untuk Baju Melayu Cekak Musang cuma RM100
Pastu Kalau ada hiasan yang segaris benang warna lebih pekat tu RM 130
or kalau nak sulam RM150!!

Ok kan harga die???










Khamis, 19 Ogos 2010

Dulang Hantaran Murah

Ari senin aritu pas uruskan dokumen2 kawen kami pun bergerak pulang dari JB.. lebih kurang pukul 12 macamtu.. hehe.. dlm perjalanan tu singgah drive thru Burger King jap.. beli burger.. yuna "off" aritu.. hik2.. enche tunang yang tukang orderkan.. tapi budak kaunter tu pandang2 mukaku yang konon2 tak bersalah.. lalalala..

On the way tu kami singgah kat Politeknik Melaka jap anta PC adik enche tunang... kemudian kami pon konon2 nak masuk hiway balik la kan.. tetibe nampak signboard Umbai! TINGG!! tibe2 timbul idea kat kepala yuna nak berbuka puasa ikan bakar.. tapi bukan kat Umbai, ni kat Alai.. kedai Haji Musa mmg paling famous kat situ! apa lagi yuna pon amik ar en. GPS search Alai tu.. rupanya dalam 18km je dari tempat tu..

Sampai2 sana, kedai mcm tutup je.. kami pon on la lappy gi surf jap no kedai Hj Musa ni.. die kata buka kul 5.30 nanti.. owh.. lagi sejam je lagi masatu.. so amik keputusan gi jalan2 bandar melaka. Jalan2 tu tetibe nampak kedai favourite ku semenjak nak kawen ni!! KK Home Deco n Romantica Home Deco! Dua2 kat satu baris kedai yang sama.. masing2 kat corner lot..

Jalan2 kat kedai tu, tetibe jumpa dulang hantaran yang murah!! actualy die tulis situ fruit tray.. tapi buleh je jadi dulang hantaran kan.. hik2.. apa lagi yuna pon terus terpikat n nak beli! mula2 nak amik sume petak je.. tapi macam bosan plak hantaran tu nanti kan.. yuna pon amik la 4 bulat n 5 petak.. pastu tetibe rasa nak amik saiz kecik gak, so amik 2.. ^_^


Taraaa... ni la dulang hantaranku nanti...
mengikut bajetku... xmampula nak beli yang kayu tu..
satu je da RM 29 kan..

Ni dulang hantaran petak.. yang sebelah kiri tu yang kecik sikit..
yuna amik 4 petak besar dan 1 je petak kecik
sebab harga die sama je..
baek amek yang besar banyakkan.. ;)

Ni pulak dulang hantaran boolat
yang bulat ni pon yuna amik 1 je yang kecik
lagi 3 amik yang besar..

Sebenarnya yang paling memikat hati yuna adalah kaki dia!
see?? macam ukiran2 gitu.. corak badan die bolehla.. ^_^
da tambah riben pink keliling die mesti cun!
oh ye hantaran yuna nanti tema putih pink..
ikut warna baju nikahku nanti..

Tengok harga dia tu!! RM 9.90 je!!
hehe... bakal pengantin bajet macam yuna
memang suka kalau dapt benda harga berpatutan ni.. ^_^


~~~Fruit tray ni kawan2 boleh carik kat KK Home Deco.. ada byk cawangan.. just google tgok mana plg dkt dgn tmpat kawan2 :D fuhh.. jimat dwet i, jumpa benda ni... kalau tak mesti da terbeli yang kayu tu kat VR Star tu..

Haa,,, bekas kayu macamnila yang yuna tengok kat VR Star tu..
Still kedai ni paling murah coz harga die RM29.90.
Buy 1 Free 1! so jatuh harga satu bekasni dalam RM15.
berbaloikan?? kedai lain satuje da RM29.90
(aritu ada readers update yang 29.90 dapat dua ni dah xde kawan2..huhu)

~~~~sangat gumbira da jumpa dulang hantaran dan
pastu makan kat medan ikar bakar tu dengan senyuman.. ^___^

Panduan untuk Suami @ Bakal Suami ^_^

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?


6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.


32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.


33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.


34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.


37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.


38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.


39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia..


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Selasa, 17 Ogos 2010

Marquee Tent

Masa sibuk2 tengok album2 baju pengantin kat Molly Bridal bersama MIL n enche tunang, tetibe terdengar enche tunang tanya "sini ada katering and kanopi tak?" then die tanya kanopi besar.. aikss... mcm tertarik je dengar... then dengarla kak Molly sebut Marquee Tent.. uiks apa benda tu?? pastu dengar enche tunang cakap die besar bla.. bla.. bla... macam dewan.. (hehe dengar point2 penting je coz suara enche tunang slow romantik2 gitu, xmacm yuna.. Jelas Nyata dan Terang! hik2)

Ok sambung,Uiks, nape xpernah dengar pon.. apa benda tu??? rasa ketinggalan betul tibe2.. yuna pon tengokla album Marquee Tent kak Molly tu.. wahhh.. canteknya.... orang tu buat ala2 garden wedding taw.. die letak 3 marquee tent kiri dan kanan... dan tengah2 die laluan pengantin ke pentas pengantin yang macam english style wedding tu..

Ok, sebenarnya yuna bukan nak cerita ni, yuna nak cakap yang marquee tent ni besarr... dan bila susun2 meja bulat dalam dia dah rasa macam suasana dalam dewan.. yuna da men"google"kan diri.. tapi tak banyak yang macam yuna tengok kat album tu.. sume version yang ada ala2 dinding macam oversea la.. diorangkan sejukk..yang yuna tengok ni,die open je tepi die.. sesuaila dengan suhu tempatan kite.. kalau ada dinding2 ni mawu pengsan kepanasan...

Marquee Tent tu macamnila.. besarrkan...
yang yuna tengok tu kat padang.. so memang nampak cantek..
susunan meja die ala2 dewan kan... lebih kurang 24 meja.
tapi gambo atasni susunan die tegak je..
so xberapa menarik dan terlalu padat untuk 5 khemah...
dan tiang die tinggi sangat
(ceh.. suka2 je komen)

source : Google
Hish! xjumpala Marquee Tent version Malaysia punya lagi kat google..
tapi yang yuna tengok aritu lebih kurang macamni
tapi dinding2 tu xdela.. open je..

source : Google
luaskan.. n nampak grand gitu! ^_6

source : Google
Kak Molly cakap untuk seribu tetamu, 5 Marquee Tent da cukup.
kalau dalam gambo atasni, banyak sangat. sampai 13 tent plk.
ni sebab wedding org2 putih ni makan serentak..
ala.. macam kat dewan2 jgkla kan.. kalau version malam,
makan sume serentak

source : Google
so, cukupla 5 tent je kalau majlis makan buffet macam kite..
coz orang makan berganti2.. (hik2 mcm lari berganti2 lak)
5 khemah ni boleh memuatkan sehingga 24 meja macam gambo pertama..
tapi betterla jangan padat2 sangat.. cukupla dalam 15-18 meja ke.
so boleh menampung dalam180 orang pada satu2 masa..

source : Google
haa... jumpa gak yang dinding open macamni..
(abaikan pengantin)
yuna nak tunjuk luas kalau amik 5 khemah ni..
(gambar pertama tadi pon 5 khemah gak)

source : www.marquee-hire.info
Pakej Marque Tent ni sekali dgn underlayer ni sume..
kalau takde mmg xcantek langsung..
samala macam kanopi arabic sume tu kan..

source : DIAKASIH PHOTOGRAPHY
Pelamin pon boleh sumbat yang besar2 dlmni...
so, pelamin besar pon da boleh guna
tak terhad kat dalam dewan je da ^_^

source : Google
Dalam gambar Kak Moly tu pon letak benda ni kat depan..
kat tengah2 antara khemah untuk laluan pengantin tu..
memang ala2 garden wedding gitu!

Kat bawah ni beberapa view dalam Marquee Tent
saja share kalau sape2 berkenan dengan Marque Tent ni..^_^
sume amik dari google je..

Tema Putih Biru ^_^

Tema Merah Hitam ^_6
Cantek ar kerusi die..

Tema Hijau Putih >_<


Kat bawahni pulak satu contoh penggunaan Marquee Tent
Majlis perkahwinan anak menteri besar Negeri Sembilan
ni baru je 5 minit lepas tengok gambo FB cikgu sekolah dulu
die gi wedding ni pada bulan june lepas .. ^_6

Cikguku dengan MB negeri 9

Marquee Tent yang dua hujung sana tu

Manteri Besar mengiringi anaknya..
nampak tingkap belakang tu..
Rupanya da adala version ada danding and tingkap tu..
canteknya!!

Singgahsana raja sehari...
bawah khemah pon da boleh letak besar2

Marquee Tent version xde dinding..

saiz???

Marque Tent ni 12m x 5m.. lebih kurang 40' x 16'
so kalau amik 5 kemah susun sebaris = 40' x 80'
bersamaan 8 kanopi arabic or Pyramid
kalau arabic satu = RM450 x 8 = RM3600
enche tunang guna 7 kanopi je...
so baru RM 3150

Harga???
(cea... macam promosi barang2 sale lak)
harga 1 Marquee Tent = 1000
masih boleh nego lagi tu..
so kalau 5 da 5000 da tu..

lebih 2000 dari bajet asal kami.. 0_O

~~~juz review pasal benda yang yuna tak pernah tawu sebelum ni...
enche tunang tak amik pon Marquee Tent ni..
kami tak cukup mampu untuk itu.. cukupla kanopi2 biasa je ^_6
janji tetamu boleh duduk dan makan dengan selesa.
tapi kawan2 yang ada bajet lebih trylah ea!
pastu jemput yuna taw.. nak merasa duk dalam die.. hehehe ^_6





Great Weekend!!

Arini yuna kembali bertugas lepas 3 ari bercoooti!!! actualy bukan la bercooti sangat pon.. kalini yuna dan enche tunang pulang ke JB untuk menguruskan hal2 perkahwinan kami.. ^_^ wink2...

Pas buka puasa ari jumaat tu, kami terus bertolak pulang ke JB... rasa mcm letih sangat that nite.. saket kepala.. n xpasal2 ngamuk dgn enche tunang.. sian die.. huhu tak tawu kenapa.. emosi tak terkawal.. salah sket pon i da ngamuk n terus TIDO!! #_# kami sampai JB dalm 12.30 malam.. (p/s : rupe2nyer esoknya sejam sebelum berbuka Yuna period!! Patutla!!)

Ok, sambung balik,sampai2 je enche tunang angkat sume barang.. hik2 macam ma'am besar je i kan.. i bwak handbag n bag lappy jerr.. mesti parent die cakap yuna buli anak die.. padahal xsempat nak mik pape die da angkat sume.. hebatkan?? agaknya die tengok i macam da tak trurus.. demi kerana sayang die angkat sume.. cewahhh!! perasan je kan.. hik2 (ke sebenarnya die da xsabar nak jumpa kawan2 die yg dah sedia menanti kat mapley masatu??)

Sampai2 salam2 sume then i masuk bilik.. wahhh.. tetibe tgok katil tu begitu indah!! xsabar2 da badan ni nak mendarat kt atasnya.. then tibe2 my MIL ajak makan dulu.. coz die masak Ikan siakap asam pedas special 4 me!! yummy!! tawu tak, yuna ni bukan penggemar asam pedas pun... first try pon yang MIL masakkan masa blaja dulu.. terus terpikat.. tapi hanya makan yg MIL masak je.. yg laen still tekak tak boleh terima.. sedap ok! maklumla MIL mmg org melaka.. ^_6.. yuna pon makanla walau mata kadang2 tetutup sendiri.. so pas makan ckap dgn MIL esok xmo sahur.. sangat ngantuk!! then i terus tido.. enche tunang plk da ilang jumpa kawan2 die masatu..

Sabtu dan ahad memulakan misi mencari butik pengantin area umah enche tunang kat Bandar Baru Uda.. perghhh.. banyak betul ok... pantang ada deret kedai mesti ada paling kurang satu bridal boutique kat situ.. sambil2 tu, usha2 jugak pakej katering & kanopi yang ditawarkan setiap butik tu.. yuna terpikat kat satu kanopi ni! besar dan cantek... actualy die tak dipanggil kanopi.. die dipanggil "Tent" (will update soonnnn ;) wink..wink..) so, pas tengok sume butik tu, yuna da shortlist dua butik pengantin ni.. untuk majlis bertandang yuna memilih gabungan lace dan songket.. so, nnti MIL pilihla mana2 yg die suka dari 2 tu.. ^_^

Hari Isnin plak, enche tunang gi pejabat agama uruskan sume dokumen2 untuk kebenaran berkahwin.. alhamdulillah sume da settle tinggal yuna je nak isi dan hantar kat pejabat agama kajang pulak..

Actualy yuna bukan nak cerita ceritera chenta kami kat sini..banyak benda laen yang yuna nak update tentang 2 ari sengah kami di JB.. so ni kirenye mukadimah la eh.... ^_6 (mukadimah pon da panjang, pastu kene mengena sket je lak tu.. hahaha!!)

ok nanti yuna akan update tentang
1. dot..dot..dot tent
2. pakej majlis bertandang
3. dulang hantaran murah
4. dokumen kebenaran nikah luar kawasan


Khamis, 12 Ogos 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku....

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Rdholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


~~~ amik dari Facebook KATA-KATA HIKMAH

Rabu, 11 Ogos 2010

Baju NIkah

Yuna dah tempah baju nikah!! tak jadi anta kat dzull classique.... yuna anta kat tailor yang jahit baju butik PSA... my sis salu anta kat dia.. hasil die memang seperti yang kite nak.. takdela bahu tergelebeh2 nih.. kalau buat kurang moden memang baju die fit kat badan... (i still nak baju yang betul2 ikut badan walaupon da bam.. bam.. huhu)

So, my sis pon make appointment dengan Sally... mula2 die cakap dah tak ambik.. tapi sebab my sis regular customer die amik jugak... lagipon mungkin sebab nak baju tu bulan 10.. mean lepas rayala kan.. yuna pon dengan semangatnya mengoogle kan diri carik design2 baju nikah yang menarik.. pastu jumpa satu.. memang berkenan sangat kat design kaen die!! laen sket!!


source : seperti watermark tersebut ;)
Taraaa... baju kurung moden macamnila menjadi pojaan hatiku!!!
cuma warna baju yuna putih & beaded die shocking pink gitu!
Yuna cakap kat sally i nak baju betul2 ikut badan coz nanti
nak pakai korset [nak sorok spare tyre ;'( ]
labuh baju pon nak sampai lutut macamtu..


source : seperti watermark tersebut ;)
Yang paling yuna suka sebenarnya adalah kain dia!!
cantekkan? macam payung gitu!!
uhuks! tapi sally cakap 2 meter tak cukup untuk buat
kain macamni! its need double taw!
die kata nak bentuk kaen mcmni kene guna kaen
yang lebih panjang, so bila jatuh akan hasilkan bentuk ni..
lagipon kain yuna beli xseswai coz kaki die fully beaded..
kene beli plain chiffon yang laen kalau nak buat macamni!
huhu so yuna pon cakapla nanti yuna anta chiffon plain kemudian..
die cakap rugi lorh beaded2 kaen yang ada ni pon cukup cantek..
lagipon kalau carik plain chiffon laen takut different tone colour..

so end up dengan design kain yang biasa2 je macamni..
just lining dalam die disingkatkan sket seperti
gambo diatas.. uhuks!!
masa amik ukuran badan, sally ni maen conteng2
je kat buku die... tanpa tulis ukuran ni 4 bahu ke, labuh
bajuke... hehe nampak sangat da terer menjahit ni..

so, kawan2 yang ingin mencuba design kaen payung seperti
diatas belila kaen plain dan panjangnya 4 meter taw..
p/s kaen payung ni nama yuna bagi sendiri je..
nama sebenar lupa nak tanya Sally.. huhu




~~~~rasa macam nak carik je plain chiffon tu??

ke teruskan dengan kaen beaded ni taaapii
tambah dengan plain chiffon ni..
mean nanti yuna ada dua kaen... ;)
agak2 membazirke???
huhuhu help me!!!
tetibe emo diujung entry..





Jumaat, 6 Ogos 2010

Kedai 2 Ringgit...

Semalam lepas buka puasa dengan enche tunang (saya xbis ganti pose lg ok.. ;p) yuna gi carik Glue Gun kat kedai area Seri Kembangan... coz mlm sebelumya glue gun yang yuna beli 5 bulan dulu tu tak berfungsi.. benci tawu... rosak mood nak uat headpieces flower girl.. Glue gun tu baru bukak dari packaging die tapi da rosak... konon2 beli yang mahal sket coz takut yg murah xelok..tp hampa coz langsung xpanas.. nyesal xtry masa mula2 beli dulu!!

Ok, kembali kepada tajuk asal, yuna berhenti la kat kedai serbanekani.. yuna jumpa glue gun yang 7 kali ganda lebih murah dari glue gun sblm ni... RM 2 jer.. ;) semangat untuk buat headpieces kembali membara!! yayyy!!

Pastu yuna pusing2 dlm kedai..yuna pasan kat dalam die sume barang harga RM2.. dalam hati " eh, kalau mcmtu mesti ada 'benda" yang yuna carik tu.. sambil pusing2 kedai yuna jumpa "benda" yang yuna carik selama ni..

Nila dia!!Taraa... cube teka apa?
sekali pandang macam lemang pendek kan? ;p

Hehe takdela benda apapun.. cume gelas tinggi ni.. dah sebulan yuna carik kedai RM 2, kalau jumpa pon gelas tinggi ni takde.. actualy yuna carik gelas yang lebih slim n tinggi sebenarnya.. mmg jumpa semalam.. tapi tinggal SATU je...huhu da tak rezeki.. yuna belila gelas yang 1cm lebih rendah dan 1cm lebih lebar dari gelas idaman kalbu.. (siap ukur untuk memujuk hati yang beza saiz nyer sedikit sahaja <-- enche tunang geleng2 kepala masani..;p) Nak tawu gelas ni untuk apa?????

Gelas ni untuk Centerpieces meja tetamu yuna... yang penah yuna cerita
dalam entry sebelum ni----> centerpieces
cantekkan gelas slim ni?? huhu
tapi dapat gelas yg chubby sket macam diriku pon ok lor..huhu #_#

So happy! Akhirnya jumpa gak gelas yang boleh dijadikan vase untuk meja tetamu nanti... sekarang nak carik pembuat sticker jernih ni pulak... masih mencari... once jumpa terus tempah untuk 20 keping.. hehe adake jual sticker jernih ni untuk 20 keping je?


~~~nak usha font2 yang seswaila untuk sticker tu... ^_^