Memaparkan catatan dengan label Katering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Katering. Papar semua catatan

Selasa, 17 Ogos 2010

Marquee Tent

Masa sibuk2 tengok album2 baju pengantin kat Molly Bridal bersama MIL n enche tunang, tetibe terdengar enche tunang tanya "sini ada katering and kanopi tak?" then die tanya kanopi besar.. aikss... mcm tertarik je dengar... then dengarla kak Molly sebut Marquee Tent.. uiks apa benda tu?? pastu dengar enche tunang cakap die besar bla.. bla.. bla... macam dewan.. (hehe dengar point2 penting je coz suara enche tunang slow romantik2 gitu, xmacm yuna.. Jelas Nyata dan Terang! hik2)

Ok sambung,Uiks, nape xpernah dengar pon.. apa benda tu??? rasa ketinggalan betul tibe2.. yuna pon tengokla album Marquee Tent kak Molly tu.. wahhh.. canteknya.... orang tu buat ala2 garden wedding taw.. die letak 3 marquee tent kiri dan kanan... dan tengah2 die laluan pengantin ke pentas pengantin yang macam english style wedding tu..

Ok, sebenarnya yuna bukan nak cerita ni, yuna nak cakap yang marquee tent ni besarr... dan bila susun2 meja bulat dalam dia dah rasa macam suasana dalam dewan.. yuna da men"google"kan diri.. tapi tak banyak yang macam yuna tengok kat album tu.. sume version yang ada ala2 dinding macam oversea la.. diorangkan sejukk..yang yuna tengok ni,die open je tepi die.. sesuaila dengan suhu tempatan kite.. kalau ada dinding2 ni mawu pengsan kepanasan...

Marquee Tent tu macamnila.. besarrkan...
yang yuna tengok tu kat padang.. so memang nampak cantek..
susunan meja die ala2 dewan kan... lebih kurang 24 meja.
tapi gambo atasni susunan die tegak je..
so xberapa menarik dan terlalu padat untuk 5 khemah...
dan tiang die tinggi sangat
(ceh.. suka2 je komen)

source : Google
Hish! xjumpala Marquee Tent version Malaysia punya lagi kat google..
tapi yang yuna tengok aritu lebih kurang macamni
tapi dinding2 tu xdela.. open je..

source : Google
luaskan.. n nampak grand gitu! ^_6

source : Google
Kak Molly cakap untuk seribu tetamu, 5 Marquee Tent da cukup.
kalau dalam gambo atasni, banyak sangat. sampai 13 tent plk.
ni sebab wedding org2 putih ni makan serentak..
ala.. macam kat dewan2 jgkla kan.. kalau version malam,
makan sume serentak

source : Google
so, cukupla 5 tent je kalau majlis makan buffet macam kite..
coz orang makan berganti2.. (hik2 mcm lari berganti2 lak)
5 khemah ni boleh memuatkan sehingga 24 meja macam gambo pertama..
tapi betterla jangan padat2 sangat.. cukupla dalam 15-18 meja ke.
so boleh menampung dalam180 orang pada satu2 masa..

source : Google
haa... jumpa gak yang dinding open macamni..
(abaikan pengantin)
yuna nak tunjuk luas kalau amik 5 khemah ni..
(gambar pertama tadi pon 5 khemah gak)

source : www.marquee-hire.info
Pakej Marque Tent ni sekali dgn underlayer ni sume..
kalau takde mmg xcantek langsung..
samala macam kanopi arabic sume tu kan..

source : DIAKASIH PHOTOGRAPHY
Pelamin pon boleh sumbat yang besar2 dlmni...
so, pelamin besar pon da boleh guna
tak terhad kat dalam dewan je da ^_^

source : Google
Dalam gambar Kak Moly tu pon letak benda ni kat depan..
kat tengah2 antara khemah untuk laluan pengantin tu..
memang ala2 garden wedding gitu!

Kat bawah ni beberapa view dalam Marquee Tent
saja share kalau sape2 berkenan dengan Marque Tent ni..^_^
sume amik dari google je..

Tema Putih Biru ^_^

Tema Merah Hitam ^_6
Cantek ar kerusi die..

Tema Hijau Putih >_<


Kat bawahni pulak satu contoh penggunaan Marquee Tent
Majlis perkahwinan anak menteri besar Negeri Sembilan
ni baru je 5 minit lepas tengok gambo FB cikgu sekolah dulu
die gi wedding ni pada bulan june lepas .. ^_6

Cikguku dengan MB negeri 9

Marquee Tent yang dua hujung sana tu

Manteri Besar mengiringi anaknya..
nampak tingkap belakang tu..
Rupanya da adala version ada danding and tingkap tu..
canteknya!!

Singgahsana raja sehari...
bawah khemah pon da boleh letak besar2

Marquee Tent version xde dinding..

saiz???

Marque Tent ni 12m x 5m.. lebih kurang 40' x 16'
so kalau amik 5 kemah susun sebaris = 40' x 80'
bersamaan 8 kanopi arabic or Pyramid
kalau arabic satu = RM450 x 8 = RM3600
enche tunang guna 7 kanopi je...
so baru RM 3150

Harga???
(cea... macam promosi barang2 sale lak)
harga 1 Marquee Tent = 1000
masih boleh nego lagi tu..
so kalau 5 da 5000 da tu..

lebih 2000 dari bajet asal kami.. 0_O

~~~juz review pasal benda yang yuna tak pernah tawu sebelum ni...
enche tunang tak amik pon Marquee Tent ni..
kami tak cukup mampu untuk itu.. cukupla kanopi2 biasa je ^_6
janji tetamu boleh duduk dan makan dengan selesa.
tapi kawan2 yang ada bajet lebih trylah ea!
pastu jemput yuna taw.. nak merasa duk dalam die.. hehehe ^_6





Khamis, 24 Jun 2010

Royal Lunch

Untuk majlis resepsi nanti yuna memilih Nazliza Canopy & Catering. Pakej ditawarkan adalah betul2 berbaloi... coz all out kat dia je.. xperlu nak pikir apa2 dah... sediakan duit je.. ^_^



MENU
1. Nasi Hujan Panas ( 80% )
2. Nasi Putih ( 20% )
3. Ayam Masak Merah
4. Rendang Daging
5. Pajeri Nenas
6. Acar Buah
7. Papedom
8. Buah
9. Air Kordial


PAKEJ TERMASUK

1. 1 KANOPI ARABIAN
Scallop
Underlayer

Backdrop

2. MEJA PENGANTIN
Alas Meja
Scallop
Skirting
12 Kerusi Banquet (Sarung Kerusi + Riben)

Pinggan Mangkuk Pengantin (Gelas Goblet + Napkin)

3. 2 MEJA VIP
Alas Meja
Scallop
Skirting
16 Kerusi Banquet
Pinggan Mangkuk Pengantin
2 Dome

4. 4 KANOPI PYRAMID

-16 Meja Bulat + Alas
128 Kerusi Plastik


5. 2 BUFFET STATION


6. MEJA KEK


PERCUMA

---TISU, AIS & AIR MINERAL

--- PELAYAN BERSERAGAM

--- KEK PENGANTIN 3 TINGKAT


TAMBAHAN (HIDANGAN PENGANTIN)

1. Ayam Golek

2. Udang Goreng Panjat

3. Ikan Masak Sweet Sour

4. Aneka Buah-buahan

5. Desert


~~~All picture credit to Nazliza Canopy & Catering

^_^

Rabu, 23 Jun 2010

Katering

Susah juga nak cari katerer sekarang ni... Kadang2 kite berkenan dengan harga yang ditawarkan, tapi bila email minta bagi quotation sampai sekarang tak balas.. Maybe sebab nama diorang dah gah kot.. Ada tu msg suruh email quotation..(coz die hanya layan msg je, xmo call2 ni) then die just balas tanya berapa bajet yuna.. mmm.. sampai sekarang pon xde balasan...

TAPI, ada jugak katerer yg ramah.. Sedia menjawab panggilan dan pertanyaan kite.. Selalunya pakej yg mereka tawarkan adalah fix price.. Pakej yang yuna cari adalah katering+ kanopi.. dan selalunya kalau pakej ni, minimum order die adalah 800pax or 1000pax.. So kuantiti die da fix.. Yuna pernah jumpa pakej ni, tp minimum order die 1000pax.. n harga pon buleh tahan ar kan...RM10++ cube mintak 800pax. tapi die t
ak bagi coz da deal dgn kanopi... kalu 800 pax diorang rugi.. betul jugak kan..

Dan akhirnya yuna jumpa satu blog ni.. harga yang dia tawarkan memang SANGAT2 berpatutan dan yuna rasa sangat berbaloi!! walaupun minimum order die 1000pax, still dalam bajet lg.. ^_^ syukur.. akhirnya pencarian yuna berakhir dengan Nazliza Canopy & Caterin
g.

Pemilik katering ni muda lagi taw... Liza nama dia. Sebaya dengan yuna.. kami deal untuk jumpa di Midvalley untuk membincangkan harga.. takde apapun yg nak dibincangkan coz yuna memang sangat bersetuju dengan harga yang ditawarkan... Kos p
enghantaran mereka hanya RM200 je taw.. dari Gombak ke Beranang. Kos penghantaran yg paling murah pernah Yuna jumpa. Katerer daripada Kajang yang dekat tu je pun charge RM350 ok!

Yuna cuma tambah set hidangan pengantin (12pax) dalam pakej tu... mereka hanya charge RM200 je termasuk desert. Yuna sangat senang dengan katerer ni.. mungkin sebab usia kami yang sebaya kot.. kami berborak macam da lama kenal.. Liza datang bersama Hubby die Naz.. Kebetulan Naz ni org johor jugak, so berborak sakanla die dgn encik tunang..

Mereka hanya mintak deposit RM200 sahaja.. dan kemudian akan inform bila nak sign agreement. Liza cakap agreement ni penting un
tuk kedua2 pihak.. supaya takde yang rugi.. Coz, menurut mereka banyak penipuan sekarang.. kononnya mereka katerer.. tapi lepas deposit n separuh duit dibayar, mereka lesap macamtu je.. Syukur.. Yuna ditemukan dengan katerer yang jujur macamni.. ^_^


~~ kami yang tengah tunggu Naz & Liza
@ Sushi King MidVal