Susah juga nak cari katerer sekarang ni... Kadang2 kite berkenan dengan harga yang ditawarkan, tapi bila email minta bagi quotation sampai sekarang tak balas.. Maybe sebab nama diorang dah gah kot.. Ada tu msg suruh email quotation..(coz die hanya layan msg je, xmo call2 ni) then die just balas tanya berapa bajet yuna.. mmm.. sampai sekarang pon xde balasan...
TAPI, ada jugak katerer yg ramah.. Sedia menjawab panggilan dan pertanyaan kite.. Selalunya pakej yg mereka tawarkan adalah fix price.. Pakej yang yuna cari adalah katering+ kanopi.. dan selalunya kalau pakej ni, minimum order die adalah 800pax or 1000pax.. So kuantiti die da fix.. Yuna pernah jumpa pakej ni, tp minimum order die 1000pax.. n harga pon buleh tahan ar kan...RM10++ cube mintak 800pax. tapi die tak bagi coz da deal dgn kanopi... kalu 800 pax diorang rugi.. betul jugak kan..
Dan akhirnya yuna jumpa satu blog ni.. harga yang dia tawarkan memang SANGAT2 berpatutan dan yuna rasa sangat berbaloi!! walaupun minimum order die 1000pax, still dalam bajet lg.. ^_^ syukur.. akhirnya pencarian yuna berakhir dengan Nazliza Canopy & Catering.
Pemilik katering ni muda lagi taw... Liza nama dia. Sebaya dengan yuna.. kami deal untuk jumpa di Midvalley untuk membincangkan harga.. takde apapun yg nak dibincangkan coz yuna memang sangat bersetuju dengan harga yang ditawarkan... Kos penghantaran mereka hanya RM200 je taw.. dari Gombak ke Beranang. Kos penghantaran yg paling murah pernah Yuna jumpa. Katerer daripada Kajang yang dekat tu je pun charge RM350 ok!
Yuna cuma tambah set hidangan pengantin (12pax) dalam pakej tu... mereka hanya charge RM200 je termasuk desert. Yuna sangat senang dengan katerer ni.. mungkin sebab usia kami yang sebaya kot.. kami berborak macam da lama kenal.. Liza datang bersama Hubby die Naz.. Kebetulan Naz ni org johor jugak, so berborak sakanla die dgn encik tunang..
Mereka hanya mintak deposit RM200 sahaja.. dan kemudian akan inform bila nak sign agreement. Liza cakap agreement ni penting untuk kedua2 pihak.. supaya takde yang rugi.. Coz, menurut mereka banyak penipuan sekarang.. kononnya mereka katerer.. tapi lepas deposit n separuh duit dibayar, mereka lesap macamtu je.. Syukur.. Yuna ditemukan dengan katerer yang jujur macamni.. ^_^
Hi pink
8 tahun yang lalu
2 comments:
assalamualaikum darling.
sounds great.
happy sgt baca cerita kamu.
syukur perjalanan kamu sangat dimudahkan.
moga semuanya berjalan lancar yer.
dah conform tarikh?
mahu block the date.
insya Allah, kita nak datang sehari awal.
hi yuna, blh send me the price/quo katering ni tak...mcm best je u review..btw my bf pn org johor gak.my email : nhudashah@gmail.com
Catat Ulasan