Khamis, 3 Jun 2010

Tips memilih butik pengantin

Memandangkan yuna da membuat beberapa survey mengenai butik2 pengantin, yuna pun nak share beberapa tips dalam memilih butik pengantin.. supaya u all sume tak melalui pengalaman mensia2kan deposit kepada butik yang kemudiannya baru korang rasa tak berkenan di hati..

Sebelum betul2 membuat pilihan pastikan kita memilih beberapa butik pengantin yang boleh dikategorikan sebagai 5 pilihan utama. semasa memilih tu, kita boleh tengok hasil solekan, baju2 dan pelamin yang ditawarkan. jika semuanya memenuhi citarasa barula kite shortlist kepada 5 pilihan utama.

Ada pakej perkahwinan atau tidak?

ADA
Selalunya pakej yang ditawarkan memang berbaloi dan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan ambik berasingan. Tapi ada masalah jugak kalau tak semua item dalam pakej tu seperti yang kite nak kan.. melalui pengalaman yuna, apa yg dalam pakej mmg sume kite kene amik. Kalu xnak rugila coz sumetu da termasuk dalam pakej kan. Kalu xnak pon kite boleh ganti dengan benda lain yang mempunyai nilai yang sama.

TIADA
Sebenarnya sesetengah butik tuh memang tidak meletakkan sebarang pakej. Sebab utama mereka ialah xnak pengantin terikat dengan pakej2 tu.. pada yuna cara ini lebih baik SEBAB, ianya mengikut bajet pengantin.. kita hanya perlu memilih apa yang kita nak dan kemudian mereka boleh memberi sebut harga... so bila benda ni xde harga yang fix, harga masih boleh dibincangkan.. dan seterusnya masing2 akan mempersetujui jumlah yang dibincangkan bersama item2 yang dikehendakki.. ^_^ I LIKE!!




Makeup menggunakan jenama apa?

Selalunya untuk menghasilkan make-up yang menarik jenama yang digunakan ialah kryolan, MAC n Bodyshop.. tapi yuna pernah jumpa satu butikni, kalu kite nak menggunakan jenama MAC charge tambahan RM350!!

Berapa kos pengangkutan dikenakan?

Kos pengangkutan bergantung kepada jarak rumah kita dengan butik pengantin. Selalunya jika dalam lingkungan 20km, caj pengangkutan adalah percuma. yuna memilih butik andaman yang dekat so tiada caj penghantaran yang kadang2 sampai RM300!!

Saiz baju2 di butik tu kebanyakkan boleh memuatkan saiz apa? n saiz apa badan anda?

Tujuannya ialah untuk mengetahui saiz badan dan adakah saiz badan kita tu mampunyai banyak pilihan di butik tersebut. so pilihan kita tidak akan terhad dengan beberapa pilihan sahaja.kadang2 butikni die banyak size S-M je...

PALING PENTING!!! Tengok rekaan2 busana pengantin butik tersebut menarik dan dari fabrik yang bermutu

Ini paling penting kerana pada hari bersejarah tu kite akan menjadi tatapan umum.. jadi pastikan busana kelihatan anggun n mewah.. yela konon2 kite jadi raja sehari la katakan.. hehe.. kadang2 fabrik tu xdela dari fabrik mewah, tapi kalu betul gaya, yang biasa2 pon kelihatan mewah kan... ^_^

Layanan mereka

Sesetengah butik ni tak berapa mesra layan pelanggan.. padahal diorang pekerja je pon... merosakkan reputasi bos n butik je taw.. ini sangat2 penting sebab kite akan banyak berurusan dengan mereka... biarla butik pilihan kite tu kite rasa selesa setiap kali berkunjung. Seriously i da rasa dua2 situasi... n syukur pilihan kedua sangat mesra n menggalakkan kunjungan yang lebih kerap. Pada diorang lebih banyak mengenali karakter pengantin, lebih mudah untuk mengandam berdasarkan karekter... I LIKE!!! ^_^



emmm mungkin tips ni sedikit sebanyak membantu ya!! ^_^


~~~~~~i'll update about pakej perkahwinan yang selalunya menjadi pilihan pengantin later.. ^_^

0 comments:

Catat Ulasan